TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
blog ini di hasilkan untuk satu tugasan dalam modul yang berkod GGGE 2123 iaitu Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Modul ini di ambil oleh Pelajar Tahun 3 semester 2 Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan PPUKM.
Monday, 16 June 2014
Friday, 13 June 2014
ESSAY BERKUMPULAN
TAJUK: TAHAP PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM.
Alhamdullillah kami berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan. Ini adalah link untuk tugasan kami.
Dokumen: Tahap Penguasaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam kalangan Jururawat di PPUKM
Slide Presentation: Tahap Pengusaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Kalangan Jururawat di PPUKM
Alhamdullillah kami berjaya menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan. Ini adalah link untuk tugasan kami.
Dokumen: Tahap Penguasaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam kalangan Jururawat di PPUKM
Slide Presentation: Tahap Pengusaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Kalangan Jururawat di PPUKM
Wednesday, 28 May 2014
tentang saya
Nama: Nur Hafizatul Akmal bt Ramli
Asal: Terengganu
Tarikh Lahir: 2 Januari 1992
No Matrik: A138033
Program: Ijazah SarjanaMuda Kejururawatan Sepenuh Masa
Tahun/Sem : 3 Sem 2
Tutorial: Setiap Khamis
Jam 3pm - 6 pm
Di Makmal Terabyte
Tuesday, 20 May 2014
isu: "smart phone" dan kesannya kepada remaja sekolah
“seperti cendawan tumbuh selepas
hujan”, begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan perkembangan gadjet pada
zaman sekang. seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, banyak
gadjet seperti telefon pintar yang terdiri daripada pelbagi jenama seperti
samsung, lenovo, apple dan sebagainya yang di jual di pasaran dan menjadi
kegilaan remaja sekarang. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, gadjet pada
era ini amat senang didapati dan rata-rata semua peringkat usia memiliki gadjet
seperti ini termasuk remaja sekolah. Di mana pelajar sekolah mendapatkan duit
untuk membeli “ gadjet-gadjet” seperti ini? Adakah daripada ibu bapa? Bagi ibu
bapa di luar sana “tepuk dada tanya selera”.
Sekarang telah menjadi satu trend apabila ibu bapa menghadiahkan tablet dan telefon berinternet kepada anak-anak sebagai hadiah hari lahir ataupun sebagai ganjaran jika mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kebanyakan ibu bapa pada zaman moden sekarang sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama anak-anak mereka dan sudah pasti mereka tidak mempunyai masa untuk memeriksa telefon anak- anak mereka. Dewasa ini, anak-anak kecil yang berusia seawal tiga tahun tahu menggunakan telefon pintar atau tablet untuk bermain game, menonton cerita yang diminati dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang suka menyogok anak-anak dengan memberi mereka bermain dengan gadjet jika mereka menangis atau sebagai satu jalan untuk memujuk. Oleh itu hal ini menjadi perkara yang biasa kepada ibu bapa.
Sekarang telah menjadi satu trend apabila ibu bapa menghadiahkan tablet dan telefon berinternet kepada anak-anak sebagai hadiah hari lahir ataupun sebagai ganjaran jika mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kebanyakan ibu bapa pada zaman moden sekarang sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama anak-anak mereka dan sudah pasti mereka tidak mempunyai masa untuk memeriksa telefon anak- anak mereka. Dewasa ini, anak-anak kecil yang berusia seawal tiga tahun tahu menggunakan telefon pintar atau tablet untuk bermain game, menonton cerita yang diminati dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang suka menyogok anak-anak dengan memberi mereka bermain dengan gadjet jika mereka menangis atau sebagai satu jalan untuk memujuk. Oleh itu hal ini menjadi perkara yang biasa kepada ibu bapa.
Gadjet seperti telefon pintar, alat permainan game dan sebagainya banyak memberi kesan negatif terhadap remaja. Antaranya, anak-anak kurang berkomunikasi sama ada dengan ibu bapa, ahli keluarga dan juga komuniti kerana mereka lebih banyak meluangkan masa dan menumpukan perhatian bersama telefon pintar. Remaja pada zaman ini lebih suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan melalui facebook, whatsapp dan sebagainya berbanding berkongsi masalah dengan ibu bapa. Malahan mereka berasa lebih gembira dan selesa berkongi masalah dengan kawan-kawan atau pasangan yang berada di luar. Mungkin mereka berasa kesunyian bila berada di rumah dan seseorang yang lebih memahami sebagai peneman.
Selain itu, Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) Sabri Rahman berkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Beliau mengulas mengenai laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendedahkan kes rogol membabitkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini berpunca daripada penyalahgunaan internet membabitkan pelaku yang masih bersekolah. Siasatan mendapati punca utama mereka terlibat dalam jenayah itu selepas terpengaruh dengan media sosial seperti Facebook dan laman sesawang yang memaparkan video dan bahan-bahan lucah di internet.
Penggunaan gadjet seperti telefon
pintar juga menyababkan remaja sekolah ini berasa selesa berada dalam dunia
mereka sendiri. Sekarang terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun
dalam smart phone contohnya seperti instagram, facebook, whatsap, telegram dan
sebagainya. Oleh yang demikian, hal ini menyebabkan remaja sekolah menjadi
lalai dan mungkin boleh menyebabkan pembelajaran mereka terjejas di sekolah. Mereka
lebih banyak meluangkan masa bersama telefon bimbit berbanding mengulangkaji
pelajaran. Membawa telefon ke sekolah juga telah menjadi perkara biasa dalam
kalangan pelajar. Sekiranya pelajar membawa telefon ke sekolah, tumpuan di
dalam kelas semasa guru mengajar mungkin terjejas.
Kebelakangan ini, Satu trend yang
dipanggil “selfie” kini semakin popular dan semakin menjadi-jadi bukan sahaja
dalam kalangan remaja tetapi di semua peringkat usia dan tidak mengira golongan.
Mereka yang suka ber"selfie" atau menangkap gambar sendiri ini akan memuat naik
gambar mereka di instagram dan juga facebook untuk mendapatkan perhatian orang
ramai. Selari dengan itu, terdapat banyak gadjet-gadjet lain yang dicipta dan
direka khas berikutan dengan trend ini seperti monopod, tripod dan sebangainya.
Baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Mental Thailand telah mengatakan bahawa
terlalu banyak selfie akan memberi kesan kepada mental. Beliau juga memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.
Kesimpulanya, gadjet-gadjet seperti smartphone pada masa kini banyak memberi kesan negatif kepada remaja sekolah. Tetapi, penggunaan telefon pintar juga memberi kebaikan kepada remaja jika digunakan dengan cara yang betul dan tidak terlalu obses dengan telefon pintar. Oleh itu, saranan kepada semua ibu bapa supaya memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak mereka. Mereka perlu meluangkan lebih masa bersama anak-anak bagi memantau masalah sosial mereka.
Saturday, 17 May 2014
10 Gambar Projek Individu ( Bekas Alat Tulis)
Bekas Alat Tulis
Ini adalah Bahan Bantu Mengajar (BBM) saya. Ia nya sangat senang, mudah dan jimat dengan hanya menggunakan majalah, kotak, tin dan gam. bekas ini boleh digunakan untuk meletak alat tulis contohnya seperti pen, pensel, gam dan sebagainya. Bekas ini boleh diletakkan di atas meja study supaya alat tulis anda lebih tersusun dan ianya sangat kukuh.
selamat mencuba!!
10 gambar teknologi dan inovasi dalam perubatan..
1. Alat untuk memeriksa tekanan darah bersama telefon pintar
I health blood pressure dock adalah satu alat yang berfungsi untuk monitor tekanan darah dan denyutan jantung yang digunakan bersama telefon pintar seperti Iphone, ipad dan sebagainya. Alat ini menolong individu dan ahli kelurga dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan. Ia amat sesuai dan mudah dibawa kemana-mana sahaja contohnya ke tempat kerja, bilik air, di rumah dan sebagainya kerana saiznya yang tidak berat dan tidak besar. Ia juga boleh dicas jika kekurangan bateri.
Cara penggunaan:
1)Anda mestilah memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda
2)Kemudian, sambungkan telefon pintar anda dengan dok tersebut
3)Pasangkan cuff tekanan darah di lengan anda
4)Tekan butang mula dalam aplikasi tersebut
5)Kemudian, bacaan tekanan darah dan denyutan jantung anda akan keluar menerusi skrin telefon pintar anda bersam graf .
Alat ini amat sesuai kepada pesakit yang mempunyai penyakit tekana darah tinggi. Bagi pesakit ini mereka boleh monitor tekanan darah mereka pada bila-bila masa dan di mana jua sebagai langkah berjaga jika terdapat tanda tanda gejala tekanan darah tinggi seperti sakit kepala dan pemandangan kabur
2) Digital Pill
Pada awal bulan Ogos 2012, U.S.Food and Drug Admnistration (FDA) telah mengiktiraf satu alat yang dikenali ‘Digital Pill’ yang dicipta oleh Proteus Digital Health. Digital pil ini dapat menolong doktor dan jururawat untuk memriksa tahap kesihatan dalam badan pesakit.
Digital pill ini mempunyai satu mikrochip yang diperbuat daripada silicon yang melekat pada pil tersebut yang hanya bersaiz sebutir pasir. Pil ini mengandungi sejumlah kecil magnesium dan tembaga dan pil ini tidak bergantung kepada bateri untuk berfungsi.
Apabila pesakit menelan pil ini, ia akan menjana voltan yang sedikit apabila ia bertindak balas kepada jus pencernaan di dalam perut. Kemudian, voltan tersebut akan menghantar signal kepada patch sensor di kulit pesakit. Apabila isyarat itu diterima oleh patch, ia dihantar semula kepada aplikasi telefon yang boleh menyampaikan maklumat terus ke doktor pesakit.
Pil ini boleh memastikan jika seseorang pesakit itu mengambil ubat atau pun tidak megikut masa yang ditetapkan dengan dos yang tepat bersasarkan apa yang dipesan oleh doktor.
3) Alat untuk menghentikan pendarahan yang teruk
Seorang tentera laut Kanada yang juga dikenali sebagai pakar bedah trauma, DR. Dennis Filips telah mencipta satu alat yang di mana beliau mendapat inspirasi daripada klip rambut . Alat tersebut dikenali sebagai medical clamp yang bertindak untuk menghentikan pendarahan yang teruk dalam masa beberapa saat.
Alat ini juga amat sesuai digunakan di medan peperangan di mana berlakunya pertumpahan darah yang teruk dalam kalangan tentera. Alat ini boleh digunakan sama ada doktor, tentera, ataupun responder pertama di tempat kejadian. Dengan menggunakan alat ini, pendarahan boleh berhenti secara serta merta dan dapat mengelakkan berlakunya kematian yang disebabkan pendarahan yang teruk.
4) Ceiling mounted patient lifts
4) Ceiling mounted patient lifts
Ceiling mounted patient lifts adalah satu alat bertujuan mengurang kecederaan kepada staf dalam mengangkat pesakit seperti sakit belakang. Alat ini digunanakan di hospital luar negara dan masih belum digunakan di Malaysia. Ia boleh digunakan kepada peakit yang tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di atas katil.
Alat ini boleh digunakan untuk mengangkat pesakit dari katil ke katil, dari katil ke kerusi roda , ke tandas dan segainya dengan menggunakan tenaga yang minimun. Ia juga memberi kesenangan kepada jururawat dalam proses menukar cadar dengan hanya mengangkat pesakit menggunakan alat ini. Alat ini juga boleh mengurang kecederaan kepada sakit seperti pesakit jatuh dari katil semasa mengangkat pesakit secara manual. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kudis tekanan kepada pesakit.
5) Bar code Medical Verification
BMV adalah satu alat yang diciptakan berdasarkan teknologi terkini yang diguna semasa pemberian ubat kepada pesakit supaya ubat yang diberikan adalah tepat seperti yang tlah dipesan oleh doktor. Alat ini boleh mengurangkan risiko kesalahan pemberian ubat kepada pesakit yang sering terjadi dalam kalangan jururawat.
Cara penggunaannya adalah dengan hanya mengimbas bar kod yang berada pada band pengenalan pesakit dan juga bar kod yang berada pada bungkusan ubat untuk memastikan pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, masa yang betol dan teknik pemberian yang betul.
6) Cellscope
6) Cellscope
Alat ini yang dipanggil cellscope dicipta dan dikeluarkan oleh UC Berkeley’s microscopy lab in 2008. cellscope adalah otoscope iaitu alat yang digunakan untuk melihat jika terdapat masalah di dalam telinga. Sekarang ostoscope ini telah dicipta lebih canggih apabila ia boleh disambungkan kepada iphone 4 dan apabila alat ini dimasukkan kedalam telinga pesakit automatik gambar akan tertera di skrin telefon . Disamping itu, anda juga boleh menangkap gambar tersebut.. oleh itu alat ini memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi melihat keadaan telinga anak-anak mereka di rumah jika terdapat jangkitan kuman.
Dengan menggunakan cellscope web, pengguna boleh upload gambar tersebut dan doktor peadiatrik boleh menentukan tahap keterukan jangkitan kuman tersebut.
7) Robot Pencuci Rambut
Robot pencuci rambut ini adalah keluaran panasonic. Alat ini amat sesuai digunakan digunakan di wad-wad orang tua , wad neurosurgery dan juga rumah orang tua di mana pesakit yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu membersihkan rambut dengan sendiri.
Fungsi robot ini adalah untuk membersih rambut dengan hanya berbaring di atas kerusi tersebut. Robot ini mempunyai 16 jari yang akan menjalankan kerja mengurut kepala pengguna atau pesakit apabila membersih rambut.
Alat ini amat sesuai dalam membantu jururawat dalam menjimatkan tenaga dan masa. Ia juga memberi kelebihan kepada pesakit supaya kebersihan rambut pesakit sentiasa dalam keadaan bersih. Bagi rumah-rumah orang tua alat ini membantu jururawat dan kakitangan yang mana bilangan penghuni telalu ramai menyebabkan kekurangan kakiitangan.
8) Alat Pemantau Paras Glukosa dalam Darah Tanpa Wayar
8) Alat Pemantau Paras Glukosa dalam Darah Tanpa Wayar
I health telah mengeluarkan satu alat yang dipaggil alat pemantau glukosa dalam darah tanpa wayar. Alat ini boleh disambungkan kepada alat yang mempunyai bluetooth seperti telefon pintar. Alat ini berfungsi untuk memantau, mengesan dan berkongsi paras gula dalam darah dengan menggunakan IOS, android tablet dan juga telefon pintar. Setiap Kit dilengkapi dengan lancet dan 50 test strip. Alat ini hanya memerlukan 0.7mL darah untuk dititiskan ke atas strip tersebut. Kemudian selepas 5 saat bacaan akan keluar. Alat ini juga mempunyai fungsi istimewa yang lain seperti ia dapat mengesan quanliti dan tarikh luput strip yang digunakan. Ia juga memberi peringatan kepada pesakit untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan. Alat ini berharga $ 79,95 . Aplikasi gluco smart percuma boleh di muat turun daripada Apple Apps store dan juga google play.
9) Cermin Terma
Alat ini dipanggil cermin terma yang dicipta oleh elektronik japan. Alat ini menggunakan infrared sensor untuk mengesan suhu badan sesiapa yang memandang cermin tersebut dengan jarak 30 cm ( lebih kurang satu kaki) tanpa menyentuh cermin tersebut. Kemudian bacaan suhu badan akan muncul pada cermin tersebut dan jika suhu badan tinggi atau demam, ia akan mengeluarkan bunyi. Cermin terma ini boleh didapati dalam dua versi dan harga untuk satu cermin di antara 98,000 dan 120,000 yen (atau $1,180 dan$1,440).
10) Ultrasound Mudah Alih ( V scan)
Vscan merupakan satu teknologi yang dicipta oleh GE. Vscan adalah alat yang menggunakan teknologi ultrasound yang membolehkan para doktor untuk memeriksa bahagian dalam badan pesakit secara visual semasa pemeriksaan fizikal. Alat ini boleh mengimbas mana-mana sistem dalam badan kita contohnya seperti bahagian abdomen, jantung, paru-paru dan sebgainya. Alat ini boleh memeriksa fungsi organ dan membuat diagnosis dengan cepat dan yakin. Alat ini sangat mudah digunakan dan senang dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan dan boleh di simpan di dalam poket. alat ini mempunyai bateri yang boleh di cas, kad memori bersaiz 4GB, kabel USB dan skrin paparan. Alat ini boleh digunapakai oleh pakar perubatan, jururawat dan pelajar perubatan.Doktor boleh membawa peranti ini sebagai sebahagian daripada kit perubatan mereka, menyelamatkan pesakit walau dimana mereka berada dan diagnosis awal boleh menyelamatkan pesakit
Friday, 16 May 2014
10 Video Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan
1) self monitoring baby's heart rate and oxygen
2) Echo Therapeutic continous Blood Glucose Monitoring
3) RIBA Robotic Bear Nurse
4) Alat untuk memindahkan pesakit dari katil ke katil
5) Alat suntikan tanpa jarum
6) Alat memeriksa tekanan darah pada pergelangan tangan
7) Alat untuk Melihat ke dalam Kulit Pesakit
8) funny ambulance commercial
9) Hygreen
10) Alat ( goggles) untuk mengesan Kanser berteknologi tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)