Saturday 17 May 2014

10 gambar teknologi dan inovasi dalam perubatan..


         
1. Alat untuk memeriksa tekanan darah bersama telefon pintar



I  health blood pressure dock adalah satu alat yang berfungsi untuk  monitor tekanan darah dan denyutan jantung yang digunakan bersama telefon pintar seperti Iphone, ipad dan sebagainya. Alat ini menolong individu dan ahli  kelurga dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan. Ia amat sesuai dan mudah dibawa kemana-mana sahaja contohnya ke tempat kerja, bilik air, di rumah dan sebagainya kerana saiznya yang tidak berat dan tidak besar. Ia juga boleh dicas jika kekurangan bateri.

Cara penggunaan:
1)Anda mestilah memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda
2)Kemudian, sambungkan telefon pintar anda dengan dok tersebut
3)Pasangkan cuff tekanan darah di lengan anda
4)Tekan  butang mula dalam aplikasi tersebut
5)Kemudian, bacaan tekanan darah dan denyutan jantung anda akan keluar menerusi skrin telefon pintar anda bersam graf .

     Alat ini amat sesuai kepada pesakit yang mempunyai penyakit tekana darah tinggi. Bagi pesakit ini mereka boleh monitor tekanan darah mereka pada bila-bila masa dan di mana jua sebagai langkah berjaga jika terdapat tanda tanda gejala tekanan darah tinggi seperti sakit kepala dan pemandangan kabur
2) Digital Pill



Pada awal bulan Ogos 2012, U.S.Food and Drug Admnistration (FDA)  telah mengiktiraf satu alat yang dikenali ‘Digital Pill’ yang dicipta oleh Proteus Digital Health. Digital pil ini dapat menolong doktor dan jururawat untuk memriksa tahap kesihatan dalam badan pesakit.
Digital pill ini mempunyai satu mikrochip yang diperbuat daripada silicon  yang melekat pada pil tersebut yang hanya bersaiz sebutir pasir. Pil ini mengandungi sejumlah kecil magnesium dan tembaga dan pil ini tidak bergantung kepada bateri untuk berfungsi.
Apabila pesakit menelan pil ini, ia akan menjana voltan yang sedikit apabila ia bertindak balas kepada jus pencernaan di dalam perut. Kemudian, voltan tersebut akan menghantar signal kepada patch sensor di kulit pesakit. Apabila isyarat itu diterima oleh patch, ia dihantar semula kepada aplikasi telefon yang boleh menyampaikan maklumat terus ke doktor pesakit.


Pil ini boleh memastikan jika seseorang pesakit itu mengambil ubat atau pun tidak megikut masa yang ditetapkan dengan dos yang tepat bersasarkan apa yang dipesan oleh doktor.


3) Alat untuk menghentikan pendarahan yang teruk


Seorang tentera laut  Kanada yang juga dikenali sebagai  pakar bedah trauma, DR. Dennis Filips telah mencipta satu alat yang di mana beliau mendapat inspirasi daripada klip rambut . Alat tersebut dikenali sebagai medical clamp yang bertindak untuk menghentikan pendarahan yang teruk dalam masa beberapa saat.
Alat ini juga amat sesuai digunakan di medan peperangan di mana berlakunya pertumpahan darah yang teruk dalam kalangan tentera. Alat ini boleh digunakan sama ada doktor, tentera,  ataupun responder pertama di tempat kejadian. Dengan menggunakan alat ini, pendarahan boleh berhenti secara serta merta dan dapat mengelakkan berlakunya kematian yang disebabkan  pendarahan yang teruk.


4) Ceiling mounted patient lifts



Ceiling mounted patient lifts adalah satu alat  bertujuan mengurang kecederaan kepada staf dalam mengangkat pesakit seperti sakit belakang. Alat ini digunanakan di hospital luar negara dan masih belum digunakan di Malaysia. Ia boleh digunakan kepada peakit yang tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di atas katil.
Alat ini boleh digunakan untuk mengangkat pesakit dari katil ke katil, dari katil ke kerusi roda , ke  tandas dan segainya dengan menggunakan tenaga yang minimun. Ia juga memberi kesenangan kepada jururawat dalam proses menukar  cadar dengan hanya mengangkat pesakit menggunakan alat ini.  Alat ini juga boleh mengurang kecederaan kepada sakit seperti pesakit jatuh dari katil semasa mengangkat pesakit secara manual. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kudis tekanan kepada pesakit.


5) Bar code Medical Verification


BMV adalah satu alat yang diciptakan berdasarkan teknologi terkini yang diguna semasa pemberian ubat kepada pesakit supaya ubat yang diberikan adalah tepat seperti yang tlah dipesan oleh doktor. Alat ini boleh mengurangkan risiko kesalahan pemberian ubat kepada pesakit yang sering terjadi dalam kalangan jururawat.
Cara penggunaannya adalah dengan hanya mengimbas bar kod yang berada pada band pengenalan pesakit dan juga bar kod yang berada pada bungkusan ubat untuk memastikan pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, masa yang betol dan teknik pemberian yang betul.

6) Cellscope




Alat ini yang dipanggil cellscope dicipta dan dikeluarkan oleh   UC Berkeley’s microscopy lab in 2008. cellscope adalah otoscope iaitu alat yang digunakan untuk melihat jika terdapat masalah di dalam telinga. Sekarang ostoscope ini telah dicipta lebih canggih apabila ia boleh disambungkan kepada iphone 4 dan apabila  alat ini dimasukkan kedalam telinga pesakit automatik gambar akan tertera di skrin telefon . Disamping itu, anda juga boleh menangkap gambar tersebut.. oleh itu alat ini memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi melihat keadaan telinga anak-anak mereka di rumah jika terdapat jangkitan kuman.
Dengan menggunakan cellscope web, pengguna boleh upload gambar tersebut dan doktor peadiatrik boleh menentukan tahap keterukan jangkitan kuman tersebut.

7) Robot Pencuci Rambut



Robot pencuci rambut ini adalah keluaran panasonic. Alat ini amat sesuai digunakan digunakan di wad-wad orang tua , wad neurosurgery dan juga rumah orang tua di mana pesakit yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu membersihkan rambut  dengan sendiri.
Fungsi robot ini adalah untuk membersih rambut dengan hanya berbaring di atas kerusi tersebut. Robot ini mempunyai 16 jari yang akan menjalankan kerja mengurut kepala pengguna atau pesakit apabila  membersih rambut.
Alat ini amat sesuai dalam membantu jururawat dalam menjimatkan tenaga dan masa. Ia juga memberi kelebihan kepada pesakit supaya kebersihan rambut pesakit sentiasa dalam keadaan bersih. Bagi rumah-rumah orang tua alat ini membantu jururawat dan kakitangan yang mana bilangan penghuni telalu ramai menyebabkan kekurangan kakiitangan.


8) Alat Pemantau Paras Glukosa dalam Darah Tanpa Wayar






        I health telah mengeluarkan satu alat yang dipaggil  alat pemantau glukosa dalam darah tanpa wayar. Alat ini boleh disambungkan kepada alat yang mempunyai bluetooth seperti telefon pintar. Alat ini berfungsi untuk memantau, mengesan dan berkongsi paras gula dalam darah dengan menggunakan IOS, android tablet dan juga telefon pintar. Setiap Kit dilengkapi dengan lancet dan 50 test strip. Alat ini hanya memerlukan 0.7mL darah untuk dititiskan ke atas strip tersebut. Kemudian selepas 5 saat bacaan akan keluar. Alat ini juga mempunyai fungsi istimewa yang lain seperti ia dapat mengesan quanliti dan tarikh luput strip yang digunakan. Ia juga memberi peringatan kepada pesakit untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan. Alat ini berharga $ 79,95 . Aplikasi gluco smart percuma boleh di muat turun daripada Apple Apps store dan juga google play.

9) Cermin Terma



Alat ini dipanggil cermin terma yang dicipta oleh elektronik japan. Alat ini  menggunakan infrared sensor untuk mengesan suhu badan sesiapa yang memandang cermin tersebut dengan jarak 30 cm ( lebih kurang satu kaki) tanpa menyentuh cermin tersebut. Kemudian bacaan suhu badan akan muncul pada cermin tersebut dan jika suhu badan tinggi atau demam, ia akan mengeluarkan bunyi. Cermin terma ini boleh didapati dalam dua versi dan harga untuk satu cermin di antara 98,000 dan 120,000 yen (atau $1,180 dan$1,440). 


10) Ultrasound Mudah Alih ( V scan)






         Vscan merupakan satu teknologi yang dicipta oleh GE. Vscan adalah alat yang menggunakan teknologi ultrasound yang membolehkan para doktor untuk memeriksa bahagian dalam badan pesakit  secara visual semasa pemeriksaan fizikal. Alat ini boleh mengimbas mana-mana sistem dalam badan kita contohnya seperti bahagian abdomen, jantung, paru-paru dan sebgainya.  Alat ini boleh memeriksa fungsi organ dan membuat diagnosis dengan cepat dan yakin. Alat ini sangat mudah digunakan dan senang dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan dan boleh di simpan di dalam poket. alat ini mempunyai bateri yang boleh di cas, kad memori bersaiz 4GB, kabel USB dan skrin paparan. Alat ini boleh digunapakai oleh pakar perubatan, jururawat dan pelajar perubatan.Doktor boleh membawa peranti ini sebagai sebahagian daripada kit perubatan mereka, menyelamatkan pesakit  walau dimana mereka berada dan  diagnosis awal boleh menyelamatkan pesakit 

No comments:

Post a Comment