Tuesday 20 May 2014

isu: "smart phone" dan kesannya kepada remaja sekolah



    “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”, begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan perkembangan gadjet pada zaman sekang. seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, banyak gadjet seperti telefon pintar yang terdiri daripada pelbagi jenama seperti samsung, lenovo, apple dan sebagainya yang di jual di pasaran dan menjadi kegilaan remaja sekarang. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, gadjet pada era ini amat senang didapati dan rata-rata semua peringkat usia memiliki gadjet seperti ini termasuk remaja sekolah. Di mana pelajar sekolah mendapatkan duit untuk membeli “ gadjet-gadjet” seperti ini? Adakah daripada ibu bapa? Bagi ibu bapa di luar sana “tepuk dada tanya selera”.


   



     Sekarang telah menjadi satu trend apabila ibu bapa menghadiahkan tablet dan telefon berinternet kepada anak-anak sebagai hadiah hari lahir ataupun sebagai ganjaran jika mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kebanyakan ibu bapa pada zaman moden sekarang sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama anak-anak mereka dan sudah pasti mereka tidak mempunyai masa untuk memeriksa telefon anak- anak mereka. Dewasa ini, anak-anak kecil yang berusia seawal tiga tahun tahu menggunakan telefon pintar atau tablet untuk bermain game, menonton cerita yang diminati dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang suka menyogok anak-anak dengan memberi mereka bermain dengan gadjet jika mereka menangis atau sebagai satu jalan untuk memujuk. Oleh itu hal ini menjadi perkara yang biasa kepada ibu bapa.

                                     

       Gadjet seperti telefon pintar, alat permainan game dan sebagainya banyak memberi kesan negatif terhadap remaja. Antaranya, anak-anak kurang berkomunikasi sama ada dengan ibu bapa, ahli keluarga dan juga komuniti kerana mereka lebih banyak meluangkan masa  dan menumpukan perhatian bersama telefon pintar. Remaja pada zaman ini lebih suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan melalui facebook, whatsapp dan sebagainya berbanding berkongsi masalah dengan ibu bapa. Malahan mereka berasa lebih gembira dan selesa berkongi masalah dengan kawan-kawan atau pasangan yang berada di luar. Mungkin mereka berasa kesunyian bila berada di rumah dan seseorang yang lebih memahami sebagai peneman.


     Selain itu, Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) Sabri Rahman berkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Beliau mengulas mengenai laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendedahkan kes rogol membabitkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini berpunca daripada penyalahgunaan internet membabitkan pelaku yang masih bersekolah. Siasatan mendapati punca utama mereka terlibat dalam jenayah itu selepas terpengaruh dengan media sosial seperti Facebook dan laman sesawang yang memaparkan video dan bahan-bahan lucah di internet.

   Penggunaan gadjet seperti telefon pintar juga menyababkan remaja sekolah ini berasa selesa berada dalam dunia mereka sendiri. Sekarang terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun dalam smart phone contohnya seperti instagram, facebook, whatsap, telegram dan sebagainya. Oleh yang demikian, hal ini menyebabkan remaja sekolah menjadi lalai dan mungkin boleh menyebabkan pembelajaran mereka terjejas di sekolah. Mereka lebih banyak meluangkan masa bersama telefon bimbit berbanding mengulangkaji pelajaran. Membawa telefon ke sekolah juga telah menjadi perkara biasa dalam kalangan pelajar. Sekiranya pelajar membawa telefon ke sekolah, tumpuan di dalam kelas semasa guru mengajar mungkin terjejas.

      Kebelakangan ini, Satu trend yang dipanggil “selfie” kini semakin popular dan semakin menjadi-jadi bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi di semua peringkat usia dan tidak mengira golongan. Mereka yang suka ber"selfie" atau menangkap gambar sendiri ini akan memuat naik gambar mereka di instagram dan juga facebook untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Selari dengan itu, terdapat banyak gadjet-gadjet lain yang dicipta dan direka khas berikutan dengan trend ini seperti monopod, tripod dan sebangainya. Baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Mental Thailand telah mengatakan bahawa terlalu banyak selfie akan memberi kesan kepada mentalBeliau juga memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.



      Kesimpulanya, gadjet-gadjet seperti smartphone pada masa kini banyak memberi kesan negatif kepada remaja sekolah. Tetapi, penggunaan telefon pintar juga memberi kebaikan kepada remaja jika digunakan dengan cara yang betul dan tidak terlalu obses dengan telefon pintar. Oleh itu, saranan kepada semua ibu bapa supaya memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak mereka. Mereka perlu meluangkan lebih masa bersama anak-anak bagi memantau masalah sosial mereka.





13 comments:

  1. assalamualaikum....

    ye!budak2 yang baru berumur setahun lebih tahu bagaimana nak buka game dalam gadjet2 ni,,dan apabila dia meningkat usianya saya pasti mereka lebih advance dan kedepan dalam dunia gadjet atau teknologi ini berbanding kita sekarang.

    sangat setuju bila dikatakan membawa kesan negatif. tetapi bergantung kepada individu itu sendiri dalam penggunaan teknologi ini. ada yang menyalahgunakan teknologi ini dengan muat naik gamabr atau filem lucah, atau berkenalan dengan orang di laman sosial,mendedahkan identiti diri serta keluarga, dan ianya sangat bahaya kerana sanagt pasti kita tidfak peenah kenal org itu serta mungkin ia ada niat tidak baik...selalunya mangsa adalah wanita..

    tapi tidak dinafikan gadjet n aplikasi yang disediakan sangat membantu saya dalam pelajaran...semasa berada dalam wad dan untuk mendapatkan sumber maklumat dengan cepat dan sebagainya.... macam saya cakap bergantung pada orang itu sendiri.

    bercakap pasal ibu bapa, ye!!ibu bapa sekarang harus pro aktif dalam memantau setiap gadjet anak2 serta gerak geri anak agar segala yang tidak diingini berjaya ditangkis.anak2 sekarang bukan lagi anak2 pada zaman dulu yang dianggap buta IT.

    untuk menjaga keselamatan diri, haruslah berhati2 dengan dunia IT serta manusia didalam nya. gunalah gadjet serta aplikasi yang banyak ini kearah yang lebih bermanfaat.In Shaa Allah.sekian

    MASINAWATI BINTI MOHAMMAD ZAINI
    A137844

    ReplyDelete
  2. Bgi saya smartphone ni sngt penting dlam kalangan medical or nursing student.. Sebab bnyk aplikasi yg sngt membantu student untuk mncari maklumat.. Terutama smasa brada dalam wad.. Kemudahan internet atau dictionary sngt2 membantu kami dalam bidang klinikal.. Xperlu mmbawa buku yg banyak.. Tapi tu laa kbanyakn smartphone ni disalah gunakan.. Terutama pelajar sekolah.. Mereka trlalu taksub dgn teknologi terkini sehingga mengganggu pelajaran..
    -ilham syuhana bt mohd nain (A138301)

    ReplyDelete
  3. salam hafizatul :),
    pada pendapat saya, apa yang penting untuk anak-anak pada hari ini ialah bukan menghalang mereka menggunakan telefon pintar kerana ia sudah pun menjadi satu trend. trend sukar untuk kita hentikan namun lebih baik kalau kita cuba untuk sesuaikan diri dengan trend tersebut dan pastikan kita yang menguasai trend bukan trend yang menguasai kita.
    pada pendapat saya, mungkin langkah-langkah yang boleh diambil adalah..
    1. Cuba untuk mulakan penggunaan telefon pintar pada anak-anak pada usia yang sesuai
    2. Terapkan kelebihan dan kekurangan penggunaan telefon bimbit pada anak-anak dalam pembelajaran tidak formal di rumah. Secara semula jadi, apabila meningkat dewasa, anak-anak akan faham.
    3. Cuba disiplinkan anak-anak waktu penggunaan telefon pintar.


    semoga membantu :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Fiza,

    Kalau kita fikir masa zaman kita kanak-kanak dulu, nak dapat sebarang gajet memang susah. Tapi sekarang, kanak-kanak yang 4tahun pun dah main iPad dan sebagainya. Memang bagus kalau anak-anak celik IT, tapi mereka tak cukup matang untuk bezakan perkara yang betul dan salah, dan mereka mudah terpengaruh sebab masih belum berfikiran matang. Orang dewasa pun mudah terpengaruh, inikan pula kanak-kanak.

    Terima kasih :P

    Nur Fatin Binti Ramli A138012

    ReplyDelete
  6. Hi Fiza,

    saya setuju dengan kesan negatif yang diulas, awal pendedahan kepada smartphone memang mendatangkan kesan negatif kepada remaja. Seseorang yang obses dengan smartphone, permainan dan 'software' yang terdapat dalam tablet akan menyebabkan dia menjadi anti-social. Ini akan menjejaskan tumbesaran dia yang normal dan dia menjadi sukar untuk bergaul dengan orang lain dalam kehidupan dan tidak tahu meluahkan pemikiran dia.
    Akan tetapi, jika diguna dengan betul, gadjet-gadjet ini sebenarnya banyak membantu dalam zaman sekolah remaja. Contohnya, terdapat banyak 'software' dan bahan akademik (ebook) serta kamus sedia dimuat turun untuk dijadikan rujukan. Remaja juga boleh mempelajari bahasa asing dengan 'software' yang boleh dimuat turun secara percuma. Jika gadjet remaja tersebut boleh melayari internet, mereka juga boleh membuat diskusi secara 'online' dengan pelajar lain ataupun guru sekolah. Semua ini membantu dalam pelajaran mereka.
    Setiap perkara ada baik dan buruknya, kita sendiri yang menguasai dan membuat keputusan sama ada nak memanfaatkannya atau tidak.

    TAN JIA YEE A138200

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum hafiza,
    Saya menyokong setiap butir bicara saudari tentang kesan-kesan negatif smartphone ini. Dengan wujudnya teknologi smartphone ini, ramai kanak-kanak terutamanya mengalami masalah obesiti atau memiliki berat badan yang tidak ideal menigkut umur masing-masing. Hal ini menyebabkan mereka berisiko mengidap pelbagai penyakit seperti kencing manis di awal usia. Malah isu negatif penggunaan smartphone ini perlu diiklankan supaya ibubapa mampu bertindak dengan lebih bijak ketika membenarkan anak-anak kecil ini bermain dengan smartphone. Namun, tidak kurang juga kelebihan yang diperolehi pengguna smarphone. Salah satu kelebihan mengguna smartphone ialah mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah sesama insan yang jauh dimata. Pada pendapat saya, sesuatu yang berlebihan itu tidak bagus. Bersederhana saja dalam menggunakan smartphone ;) InsyaAllah....

    FATIN AMIRA BINTI AHMAD A134117

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Perkembangan teknologi yang telah berkembang bnyak memberi kebaikan kepada manusia tetapi memang tidak dinafikan ia juga memberi kesan negatif kepada mereka. Remaja dan teknologi memang tidak dapat dipisahkan kerana kita tahu golongan remaja adalah golongan yang ingin mencuba sesuatu yang baru.Cumanya di sini, apa yang kita boleh renungkan, sekiranya kita mampu mendidik anak remaja ini menjadi seorang yang baik, yang mampu mengawal nafsu dan berfikir segala kesan atas perbuatan yang bakal dilakukan, nescaya sekembang mana teknologi yang bakal kita hadapi, mereka mampu untuk memilih yang manan memberi kebaikan dan yang mana membawa kemudaratan. Jadi semua orang berperanan dalam membentuk jati diri anak remaja agar menjadi insan yang bermanfaat untuk agama, masyarakat dan negara.

    siti sara bt kuseri (a138060)

    ReplyDelete
  9. Salam fieza.. saya setuju dengan sikap segelintir ibu bapa yang gemar memberikan anak gadget dengan begitu mudah. Beza dengan kanak2x yang lahir zaman 90 an dan ke bawah dulu dimana kita lebih suka bersosial dan bermain 'outdoor' aktiviti seperti berbasikal, badminton dan pelbagai lagi. Kesan pemberian gadget kepada kanak-kanak bukan sahaja melahirkan belia yang tidak sosial malahan ia juga meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti kecil kecil lagi mata sudah rosak dan masalah obesiti kerana hanya duduk sahaja dan kurang pergerakan.

    Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memberikan masa kepada anak anda. Sesibuk manapun ada, luangkanlah sedikit kepada mereka kerana mereka sangat memerlukan anda semasa usia mereka muda. Ini kerana mereka dalam proses pembelajaran di mana mereka akan mudah terikut ajaran yang tidak elok jikalau kita tidak kawal atau membimbing mereka. Ingatlah, mereka seperti anda ketika anda muda dulu. Bawalah anak anda melakukan aktiviti berfaedah sekurang-kurangnya seminggu sekali seperti mengajak anak anda berkelah, melakukan riadah di taman permainan dan banyak lagi.

    Nor Hazwani binti Mohd Marzuki A138650

    ReplyDelete
  10. wassalam berry2..thank for ur comment..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum hafizatul
    kalau kita melihat pada sudut yg positife ...ya memang budak2 zaman sekarang memang tinggi dari sudut IQ.....tapi yg ketaranya adalah kesan negetive nya pada budak2 zaman sekarang adalah kurang interaksi sesama manusia. terlampau ashik dengan teknologi yg ada.... juga Einstein juga pernah berkata ..."I fear the day that technology will surpass our human interaction. the world will havea generation of idiots."

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Fiza,
    Saya amat bersetuju dengan ulasan saudari. Apa yang saya lihat kehadiran gadjet canggih pada zaman kini lebih membawa kesan buruk kepada remaja berbanding kesan positif. Apabila mereka sudah mempunyai telefon bimbit, tablet atau yang lain2, mereka akan mempunyai sikap terlalu bergantung kepada gadjet tersebut sehingga menyebabkan mereka kurang meluangkan masa untuk belajar. Mereka juga akan lebih banyak bermain 'game' atau mengakses laman sosial seperti Facebook, twitter, instagram dan sebagainya bagi mengisi masa lapang berbanding membuat kerja sekolah ataupun membaca buku. Saya tidak menyangkal kehadiran gadjet canggih ini amat berguna dari segi capaian ilmu kerana kita boleh mencari ilmu daripada pelbagai sumber melaluinya. Tetapi sikap ingin tahu atau ingin mencuba yang ada pada diri seseorang remaja menyebabkan penggunaan gadjet ini sering disalahgunakan. Jika gadjet ini didedahkan pada umur yang lebih awal contohnya ketika kanak2, ianya akan lebih membawa kesan buruk kepada mereka kerana mereka mungkin terdedah kepada rabun mata, bersikap suka menyendiri dalam keluarga dan pelbagai lagi kesan lain. Komunikasi antara anak2 dan keluarga juga turut terjejas dengan adanya aplikasi canggih yang boleh menghubungkan orang yg lebih jauh dengan kita. Jadi, mereka tidak perlu menelefon orang tersebut dan hanya menggunakan aplikasi seperti Whatsapp, wechat dan lain2 untuk berinteraksi.

    NURUL AIN AHMAD A138927

    ReplyDelete
  13. good. when I translated the information into eng, I could get many good reason and I can use it 4 my oral tomorrow. thnks a lot dear.

    ReplyDelete